Peribahasa 😍
Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus
ibarat belayar sambil memapan
sekiranya hendak mengetahui atau menguasai sesuatu perkara belajarlah daripada orang yang pakar dalam bidang tersebut
hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
jika mempunyai cita-cita seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
memperoleh apa yang benar-benar diingini
orang mengantuk disorongkan bantal
melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri
bertangguh itu pencuri masa
hasil usaha sendiri
titik peluh
kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah/sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negera sendiri lebih baik
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Adat resam dan cara hidup sesuatu tempat atau masyarakat adalah berbeza-beza
Lain padang lain belalang
setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan
Lain dulang lain kakinya
setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang lain pendapatnya
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada yang dapat dimaklumi
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
•Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga
Maksud : Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
Air dicincang tidak akan putus
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
•Belut pulang ke lumpur
Maksud : Perantau yang pulang semula ke tempat asal
Haruan pulang ke lubuk
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
•Alang-alang mandi biar basah , alang-alang berdakwat biar hitam
Maksud : Apabila melakukan sesuatu kerja , lakukan sampai berjaya walaupun menghadapi susah.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan