IMUNISASI
Maksud patogen dan contoh?
Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit. Contoh: bakteria, virus, parasit
Maksud antigen?
Bendasing yang memasuki badan dan seterusnya merangsang gerak balas keimunan
Maksud antibodi?
Protein yang terdapat pada permukaan limfosit/protein yang dibebaskan oleh limfosit ke dalam plasma darah
Apakah maksud gerak balas keimunan?
Interaksi antara antibodi dan antigen yang menyebabkan antigen dimusnahkan
Maksud keimunan
Keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit yang disebakan oleh patogen/sebarang bendasing melalui serangan spesifik terhadap patogen tersebut
Antara berikut, yang manakah benar tentang barisan pertahanan fizikal dan kimia yang menghalang patogen daripada memasuki badan?
Barisan pertahan pertama
Antibodi bergabung dengan antigen dan bertindak sebagai petanda supaya sel fagosit boleh mengenali antigen dan memusnahkannya.
Apakah jenis antibodi yang dinyatakan?
Pengopsoninan
Apakah jenis keimunan yang diperoleh dengan menyuntik vaksin ke dalam badan?
Keimunan aktif buatan
HIV melemahkan sistem keimunan manusia dengan menyerang sel X. Apakah sel X?
Limfosit
Antara berikut, keadaan yang bagaimana seseorang individu dikatakan memperoleh keimunan aktif semula jadi?
Diperoleh selepas seseorang itu pulih daripada jangkitan
Seseorang kanak-kanak telah dipatuk ular. Apakah jenis keimunan yang perlu diberi kepada kanak-kanak tersebut?
Keimunan pasif buatan
Antara berikut, yang manakah bukan cara AIDS boleh menjangkiti?
Berkongsi peralatan sukan
Antara berikut, yang manakah ciri yang benar tentang keimunan pasif buatan?
Suntikan serum yang mengangdungi antibodi diperolehi daripada haiwan makmal
Apakah kesan virus HIV ke atas sistem keimunan?
I Melemahkan sistem imun orang yang dijangkiti
II Bilangan sel limfosit T menjadi berkurangan
III Pesakit meninggal dunia disebabkan pneumonia
IV Menyebabkan sel-sel pesakit menjadi musnah
I, II dan III